maklumat korporat

Nama Korporat

PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(PRAGMATIS)

nama Pendaftaran

Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia
( PRAGMATIS )

Motto

PRAGMATIS Memimpin &
Meneraju Kecemerlangan

Keahlian:

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia dalam kategori A, Lain-lain pegawai dan kakitangan bukan dari tenaga pengajar kecuali Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Pengarah Pembangunan.

Logo PRAGMATIS

Keterangan rekabentuk

Motif logo dilambangkan dengan imej tiga (3) individu yang berada dalam bentuk formasi bulatan serta perkataan PRAGMATIS di tengah-tengah bermaksud nama ringkas persatuan.

Imej tiga (3) individu yang berada dalam bentuk formasi bulatan ini menggambarkan sinergi, kesepakatan dan semangat kerja berpasukan diamalkan oleh ahli-ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia 2009 (PRAGMATIS) yang juga melambangkan amalan budaya kepemimpinan, profesionalisma dan integriti yang tinggi dalam pelaksanaan tugas.

Secara keseluruhan logo ini menunjukkan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia 2009 (PRAGMATIS) sebagai satu Persatuan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan profesionalisma secara berterusan disamping memelihara kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli Persatuan.

Keterangan warna:

Warna korporat PRAGMATIS juga berdasarkan kepada tiga (3) warna pada logo PRAGMATIS.