Matlamat

Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan persatuan
Menggalak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap,adil dan demokratik
Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat persatuan
Memajukan bidang pentadbiran dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej universiti

tugas

Fungsi

Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi jugapihak berkuasa Universiti dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
Bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalam menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial dikalangan ahli-ahli Persatuan.
Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.