Pengenalan

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atau singkatannya PRAGMATIS merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) cawangan Negeri Sembilan dengan nombor nombor pendaftaran PPM-022-05-31032010 pada 31 Mac 2010. PRAGMATIS pada awalnya menggunakan singkatan nama PERTIM dan dijenamakan semula semasa proses pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan 1966. PRAGMATIS terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) di USIM dan idea penubuhan PRAGMATIS adalah daripada YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM yang berhasrat agar terdapat sebuah persatuan yang menghimpunkan pegawai-pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

"Pendaftar menyampaikan hasrat agar USIM dapat menubuhkan satu persatuan yang menghimpunkan
Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran)
"
Dato' Muhammad Haizuan Rozali
Pendaftar

Hasil daripada idea tersebut, PRAGMATIS telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja pada Tahun 2010 untuk membuat Persidangan Agung Tahunan Pertama bagi menubuhkan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM pada 31 Januari 2010. Hasil resolusi daripada Persidangan Agung Tersebut telah membolehkan PRAGMATIS untuk membuat pendaftaran pertubuhan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia cawangan Seremban, Negeri Sembilan pada 31 Mac 2010. PRAGMATIS pada masa itu diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Salehudin Sukor, yang merupakan Presiden PRAGMATIS yang pertama di USIM.

Encik Mohd Salehudin Sukor, Presiden Pertama PRAGMATIS USIM

Dengan penubuhan dan pendaftaran secara rasminya PRAGMATIS di bawah Akta Pertubuhan 1966, PRAGMATIS USIM berharap agar ahli-ahli dapat sama-sama menyokong perjuangan yang akan disampaikan oleh Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS dan juga ahli-ahli bagi memberi manfaat kepada ahli-ahli serta menyumbang kepada kemajuan USIM.

PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan