Perlembagaan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia (2009) (PRAGMATIS)

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia (PRAGMATIS) adalah persatuan yang didaftarkan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dan mempunyai 23 Fasal dalam perlembagaan yang ditelah diluluskan seperti berikut:

Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia (2009) (PRAGMATIS). Selepas ini disebut Persatuan.

Alamat berdaftar Persatuan ialah D/A Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

  1. ‘Persatuan’ bermakna ‘Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia (2009) (PRAGMATIS).
  2. ‘Dasar’ bermakna segala keputusan yang diambil oleh Persidangan Agung.
  3. ‘Persidangan Agung Tahunan’ bermakna persidangan menurut Fasal 12.
  4. ‘Persidangan Agung Khas’ bermakna persidangan menurut Fasal 13.
  5. ‘Demokratik’ bermakna kebebasan dalam menentukan dasar dan program.
  6. ‘Jawatankuasa Kerja’ bermakna Jawatankuasa Kerja seperti yang ditubuhkan menurut Fasal 14.
  7. ‘Ahli Biasa’ bermakna keahlian yang diterima menurut Fasal 7 (2).
  8. ‘Ahli Bersekutu’ bermakna keahlian yang diterima menurut Fasal 7(3).
  9. ‘Ahli’ bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli Persatuan menurut Fasal 7.
  10. ‘Universiti’bermakna Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  11. ‘Pegawai’bermakna pegawai dan kakitangan Universiti dalam Kategori A sepertimana termaktub dalam Fasal 7 (1).
  1. Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan.
  2. Menggalak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demoktratik.
  3. Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan.
  4. Memajukan bidang pentadbiran dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti.

Tugas Utama Persatuan ialah:

  1. Sebagai badan perundingan dalam hal ehwal berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli.
  2. Memupuk dan memelihara konsep, dasar dan matlamat Universiti.
  3. Sebagai satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas Universiti.
  4. Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar yang sesuai dengan dasar Persatuan.
  5. Membentuk kerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar Persatuan.
  6. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan pentadbiran dan ikhtisas Universiti.
  7. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi juga pihak berkuasa Universiti dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  8. Bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  9. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.
  10. Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalam menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial di kalangan ahli-ahli Persatuan.
  11. Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.
  1. Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada semua pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia dalam kategori A:

    1. Pegawai Tadbir
    2. Pustakawan
    3. Pegawai Teknologi Maklumat
    4. Pegawai Kewangan
    5. Jurutera
    6. Juruukur Bahan
    7. Pegawai Penerbitan
    8. Pegawai Belia dan Sukan
    9. Pegawai Perubatan
    10. Pegawai Pergigian
    11. Arkitek
    12. Pegawai Psikologi
    13. Juruaudit
    14. Pegawai Kebudayaan
    15. Pereka Grafik
    16. Pegawai Sains
    17. Pegawai Keselamatan
    18. Pegawai Undang-Undang
    19. Pengurus Asrama
    20. Pegawai Penyelidik
    21. Pegawai Berita
    22. Pegawai Hal Ehwal Islam
    23. Jururawat
    24. Pegawai Farmasi
    25. Lain-lain pegawai dan kaktiangan bukan dari tenaga pengajar kecuali Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Pengarah Pembangunan.

  2. Ahli Biasa:

    Seseorang pegawai itu layak menjadi ahli biasa Persatuan sekiranya mempunyai syarat-syarat berikut:

    1. Warganegara Malaysia
    2. Membayar yuran keahlian dan yuran masuk
    3. Memenuhi syarat-syarat dalam Fasal 7 (1)
    4. Berumur 18 tahun keatas

  3. Ahli Bersekutu:

    Ahli Bersekutu ialah pegawai universiti Kategori A yang memohon menjadi ahli tetap:

    1. Perkhidmatannya dipinjamkan ke universiti
    2. Membayar yuran keahlian dan yuran masuk; dan
    3. Memenuhi syarat-syarat dalam Fasal 7 (1).

  4. Kaedah Perlantikan ahli

    Permohonan menjadi ahli hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Persatuan ini dan diserahkan kepada Setiausaha Kehormat. Presiden bersama Setiausaha Kehormat mengikut budi bicaranya boleh meluluskan keahlian dan ia perlu dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja untuk disemak dan sekiranya patut permohonan itu boleh ditolak berdasarkan pertimbangan Jawatankuasa Kerja.

  5. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran Yuran Keahlian dan Yuran Bulanan pertama, dan berhak lah ia sebagai ahli.
  1. Semua ahli dikenakan bayaran Yuran Keahlian dan Yuran Bulanan seperti berikut:

    1. Yuran Keahlian RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
    2. Yuran Bulanan RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) Atau:
    3. Yuran Tahunan RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

  2. Yuran keahlian hanya perlu dibayar sekali sahaja ketika mula pendaftaran masuk menjadi ahli Persatuan.

  3. Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat dalam tempoh 7 hari terawal pada tiap-tiap bulan.

  4. Bagi keahlian baru Yuran Tahunan bolehlah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat semasa membuat pendaftaran bersama-sama Yuran Keahlian. Jumlah bayaran Yuran Tahunan bagi ahli baru adalah berdasarkan kepada baki jumlah bulan pada tahun semasa.

  5. Bayaran Yuran Tahunan bagi ahli yang telah berdaftar, hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kehormat selewat-lewatnya pada bulan Februari tahun semasa.

  6. Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulannya lebih daripada dua belas (12) bulan akan diberi notis peringatan oleh Bendahari Kehormat untuk menjelaskan yuran tertunggak tersebut. Sekiranya dalam tempoh enam (6) bulan selepas notis peringatan dikeluarkan dan tunggakan yuran belum juga dijelaskan, maka; secara otomatiknya ahli itu akan terlucut keahliannya dalam Persatuan. Sekiranya ahli yang terlucut keahlian itu hendak menjadi ahli Persatuan kembali dia perlu membayar segala hutangnya terhadap Persatuan terlebih dahulu bersama mendapat kelulusan mengikut Fasal 7 (4) dan membayar Yuran Keahlian dan Yuranan Bulanan mengikut Fasal 7 (5).

  7. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Persidangan Agung. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.
  1. Kecuali dinyatakan dalam Perlembagaan, semua ahli Persatuan adalah mempunyai hak yang sama dalam Persatuan.

  2. Ahli biasa berhak bercakap, mencadang, menyokong dan mengundi. Sekiranya ahli dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja dan dia tertakluk kepada Fasal 14 (3).

  3. Ahli Bersekutu berhak mendapat semua faedah dan kemudahan seperti ahli biasa tetapi tidak boleh mencadang, mengundi dan menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja.
  1. Adalah menjadi kewajipan setiap ahli memastikan yurannya telah dijelaskan dengan tepat dan mendapatkan resit rasmi pembayarannya itu. Membayar yuran dengan menepati masanya adalah menjadi tanggungjawab ahli dan bukanlah tanggungjawab Jawatankuasa Kerja.

  2. Adalah menjadi kewajipan setiap ahli untuk memaklumkan kepada Setiausaha Kehormat dengan segera apabila pindah atau bertukar bahagian tempat kerja.

  3. Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat Persatuan hendaklah berkelakuan baik.

  4. Seseorang ahli tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Persatuan kepada orang-orang yang bukan ahli atau lain-lain pertubuhan atau kepada media cetak, media elektronik dan media baru (internet) dengan tanpa mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja melainkan jika surat keterangan atau surat pekeliling atau kenyataan itu diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja.

  5. Adalah menjadi kewajipan ahli untuk menggunakan cara rundingan yang terbaik dalam setiap keadaan dengan penuh tanggungjawab.

  6. Sentiasa menghormati dan patuh kepada Perlembagaan Persatuan dan Dasar Persatuan dan juga keputusan Persidangan Agung.
  1. Ahli uyang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis tiga (3) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Kehormat dan menjelaskan segala hutangnya.

  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kerja. Sebelum Jawatankuasa Kerja memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli berkenaan hendaklah dimaklumkan akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan beliau secara betulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Persidangan Agung memutuskan untuk menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli yang berkenaan.

  3. Keahlian sesorang itu gugur dengan sendirinya jika ia berhenti atau meletakkan jawatan di Universiti ini.

  4. Ahli yang terhenti atau dipecat daripada menjadi ahli tidak boleh menuntut semula bayaran Yuran Keahlian atau Yuran Bulanan/Tahunan yang telah dibayar.
  1. Persidangan Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan secepat mungkin selepas 31 Disember tetapi tidak lewat dari 31 Mac pada setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat Persidangan Agung hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.

    Perkara yang dibincangkan dalam Persidangan Agung Tahunan ialah:

    1. Laporan Jawatankuasa Kerja berkenaan perjalanan Persatuan sepanjang tahun yang lalu;
    2. Laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
    3. Pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan Pemeriksa Kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang; dan
    4. Menimbang dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan Persatuan; dan
    5. Melantik Pemegang Amanah dan Juruaudit Dalam.
  2. Suatu  notis awal mengenai Persidangan Agung Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat persidangan dan juga meminta usul-usul untuk dibincangkan termasuk usul pindaan perlembagaan hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat dari empat belas (14) hari sebelum tarikh persidangan.
  3. Usul-usul Persidangan Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat tidak lewat dari lima (5) hari selepas menerima notis awal.
  4. Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada semua ahli agenda mesyuarat termasuk usul-usul, salinan laporan atau penyata dan akaun yang telah diaudit lima (5) hari sebelum Persidangan Agung Tahunan.
  5. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir dalam Persidangan Agung Tahunan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (kuorum) untuk persidangan.
  6. Jika kehadiran ahli tidak mencukupi kuorum dalam tempoh satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, Persidangan Agung hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja.
  7. Jika kehadiran ahli tidak mencukupi kuorum dalam tempoh satu (1) jam dari masa dan tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli-ahli adalah berkuasa meneruskan persidangan hari itu tetapi tidak mempunyai kuasa meminda Perlembagaan Persatuan.
  1. Persidangan Agung Khas boleh diadakan:
    1. Jika Jawatankuasa Kerja memutuskan sangat perlu diadakan; atau
    2. Atas permintaan bertulis dari tidak kurang dari satu pertiga (1/3) jumlah bilangan ahli-ahli yang layak mengundi dan menyatakan tujuan dan alasan untuk persidangan tersebut diadakan.
  2. Persidangan Agung Khas yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas permintaan itu diterima.
  3. Notis dan agenda untuk sesuatu Persidangan Agung Khas hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat dari lima (5) hari sebelum tarikh persidangan yang telah ditetapkan.
  4. Peruntukan pada Fasal 12 (5), (6) dan (7) hendaklah dipakai tetapi dengan syarat iaitu jika tidak ada kuorum yang hadir selepas satu (1) jam pada masa dan tarikh Persidangan Agung Khas yang ditangguhkan itu persidangan hendaklah dibatalkan, dan tidak ada lagi Persidangan Agung Khas yang diminta boleh diadakan untuk tujuan sama sehingga ke satu tempoh tidak kurang dari enam bulan dari tarikh tersebut.
  1. Jawatankuasa Kerja adalah satu kuasa tertinggi selepas Persidangan Agung Tahun. Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja ini adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Persidangan Agung.
  2. Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri daripada:
    1. Presiden;
    2. Timbalan Presiden;
    3. Naib Presiden (dilantik di kalangan ahli wanita);
    4. Setiausaha Kehormat
    5. Penolong Setiausaha Kehormat;
    6. Bendahari Kehormat;
    7. Penolong Bendahari Kehormat; dan
    8. Lapan (8) Ahli Jawatankuasa.
  3. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada pegawai Warganegara Malaysia dan dalam lantikan tetap.
  4. Semua ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih dalam Persidangan Agung Tahunan melalui undi majoriti dengan satu (1) orang pencadang dan satu (1) orang penyokong.
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik hendaklah berkhidmat selama dua (2) tahun tertakluk kepada Fasal 11 (1), (2) dan (3).
  6. Fungsi Jawatankuasa Kerja ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Persidangan Agung Tahunan. Jawatankuasa Kerja seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Persidangan Agung Tahunan. Jawatankuasa Kerja mestilah sentiasa mematuhi keputusan Persidangan Agung Tahunan. Jawatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Persidangan Agung Tahunan.
  7. Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada 4 kali setahun dengan kourum minima ialah seramai lapan (8) orang ahli Jawatankuasa Kerja.
  8. Mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipanggil oleh Setiausaha Kehormat dengan notis lima (5) hari dikeluarkan.
  9. Mana-mana ahli Jawatankuasa Kerja yang tidak hadir Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab akan dianggap telah meletakkan jawatannya.
  10. Jika seorang ahli Jawatankuasa Kerja meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Jawatankuasa Kerja boleh melantik pengganti bagi jawatan yang dikosongkan melalui undi majoriti dengan memilih calon di kalangan ahli-ahli yang berkelayakan dan beliau perlulah berkhidmat sehingga Persidangan Agung Tahunan seterusnya diadakan.
  11. Jawatankuasa Kerja berhak untuk memberikan arahan kepada Setiausaha Kehormat dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan. Jawatankuasa Kerja berhak untuk menggantung atau melucutkan sebarang jawatan yang diberikan kepada pegawai di dalam Persatuan kerana cuai di dalam pekerjaan, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatnkuasa Kerja atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.
  12. Jawatankuasa Kerja berhak untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja Kecil apabila difikirkan penting dan mengamanahkan tanggungjawab khas kepada sebarang ahli dalam Jawatankuasa Kerja kecil.
  1. Presiden

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Presiden hendaklah:

    1. Mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Persatuan termasuk Jawatankuasa Kerja.
    2. Mempunyai kuasa undi penentu (casting vote).
    3. Menandatangani Minit Mesyuarat yang telah diluluskan.
    4. Bersama Bendahari Kehormat dan/atau Setiausaha Kehormat menandatangani cek-cek, baucer dan lain-lain dokumen kewangan Persatuan.
    5. Mengurus pentadbiran am dan hal ehwal persatuan.
  2. Timbalan Presiden

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Timbalan Presiden hendaklah

    1. Menggantikan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau Presiden tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab tertentu.
    2. Bertanggungjawab mengenai kebajikan ahli-ahli Persatuan.
    3. Bertanggungjawab mengenai hubungan dengan Persatuan lain di dalam dan luar kampus.
  3. Naib Presiden (wanita)

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Naib Presiden hendaklah:

    1. Bertanggungjawab mengenai hal-hal penerangan Persatuan
    2. Mengetuai Jawatankuasa sambutan Persatuan.
    3. Menyambut dan menguruskan tetamu Persatuan.
    4. Bertanggungjawab mengenai kebajikan ahli wanita Persatuan.
    5. Mengetuai perwakilan Persatuan dalam sidang-sidang mengenai wanita.
  4. Setiausaha Kehormat

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Setiausaha Kehormat hendaklah:

    1. Menjadi Ketua Tadbir Persatuan di bawah arahan Presiden;
    2. Menjalankan urusan surat menyurat Persatuan;
    3. Menyedia dan membentangkan Penyata Tahunan Persatuan bagi pihak Jawatankuasa Kerja;
    4. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persidangan Agung;
    5. Bersama Presiden dan/atau Bendahari Kehormat menandatangani cek-cek, baucer dan lain-lain dokumen kewangan Persatuan; dan
    6. Menjadi ex-officio dalam semua Jawatankuasa Persatuan.
    7. Menyimpan rekod dan dokumen Persatuan.
  5. Penolong Setiausaha Kehormat

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah:

    1. Menggantikan Setiausaha Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab tertentu;
    2. Membantu tugas-tugas Setiausaha Kehormat; dan
    3. Menyimpan rekod dan dokumen Persatuan.
  6. Bendahari Kehormat

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Bendahari Kehormat hendaklah:

    1. Bertanggungjawab di atas semua kira-kira kewangan Persatuan;
    2. Menyiap dan membentangkan Penyata Kewangan dalam Persidangan Agung Tahunan;
    3. Menandatangani semua cek, baucer dan lain-lain dokumen kewangan Persatuan bersama Setiausaha Kehormat dan/atau Presiden; dan
    4. Berikhtiar untuk menambahkan tabung Persatuan.
  7. Penolong Bendahari Kehormat

    Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Bendahari Kehormat hendaklah:

    1. Menggantikan Bendahari Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab tertentul
    2. Membantu tugas-tugas Bendahari Kehormat; dan
    3. Menyimpan rekod dan dokumen kewangan Persatuan.
  8. Lapan (8) Ahli Jawatankuasa lain:
    1. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan hendaklah menentukan jawatan dan tugas (Portfolio) bagi setiap orang Ahli Jawatankuasa di atas; dan
    2. Jawatan dan tugas yang dibentuk hendaklah bersesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan.
  1. Tabung Persatuan boleh dibelanjakan untuk perkara berikut:
    1. Bayaran kos dan perbelanjaan pentadbiran Persatuan;
    2. Bayaran yuran gabungan dengan lain-lain persatuan berdaftar;
    3. Mencetak dan mengedar surat berita, pekeliling dan dokumen untuk kebajikan dan kepentingan ahli selaras dengan tugas dan matlamat Persatuan;
    4. Menjalankan aktiviti sukan, pelajaran, amal dan sosio-budaya untuk ahli; dan
    5. Membeli dan/atau membina dan menyewa bangunan untuk menjalankan kerja Persatuan.
  2. Tabung Persatuan tidak boleh digunakan untuk pembayaran denda mahkamah yang dikenakan kepada seseorang ahli.
  3. Semua Wang persatuan yang tidak digunakan bagi perbelanjaan semasa hendaklah dideposit oleh Bendahari Kehormat di Bank Persatuan dalam tempoh tujuh (7) hari diterima. Akaun Bank hendaklah dibuat atas nama Persatuan.
  4. Semua cek dan notis wang keluar dalam akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat dan Presiden atau Setiausaha Kehormat.
  5. Bendahari Kehormatnya boleh menyumpan “Petty cash” yang tidak melebihi RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) pada satu masa.
  6. Tahun Kewangan Persatuan ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember.
  7. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Kehormat dan bendahari Kehormat.
  8. Perbelanjaan bermula daripada RM1001.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu dan Satu Ringgit Sahaja) sehingga RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa perlu mendapat kelulusan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
  9. Perbelanjaan melebihi daripada RM 50,001.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu dan Satu Ringgit Sahaja) ke atas perlu dikemukakan untuk diluluskan oleh Persidangan Agung Tahunan terlebih dahulu.
  10. Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Juruaudit Dalam yang dilantik di bawah Fasal 17 Perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Persidangan Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.
  1. Dua (2) orang Juruaudit Dalam yang bukan menjadi ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik dengan undian bebas di kalangan ahli oleh Persidangan Agung Tahunan. Juruaudit itu hendaklah memeriksa kira-kira Persatuan pada penghujung tiap-tiap tahun dan menyampaikan penyatanya kepada Jawatankuasa Kerja.
  2. Buku-buku dan kira-kira Persatuan hendaklah diaudit oleh kedua-dua Juruaudit itu bersama-sama dan mereka itu berhak melihat semua buku-buku dan surat keterangan yang mustahak untuk menyempurnakan tugas.
  1. Tiga (3) orang Pemegang Amanah berumur lebih 21 tahun hndaklah dilantik oleh Persidangan Agung Persatuan dan hendaklah memegang jawatan mengikut persetujuan Persatuan dengan menandatangani surat amanah.
  2. Persatuan adalah mempunyai kuasa membeli atau mencagar tanah, bangunan dan harta untuk Persatuan, atas nama Pemegang Amanah Tanah, Bangunan tertakluk kepada persetujuan Persidangan Agung.
  3. Pemegang Amanah boleh digugurkan  jawatannya jika kesihatannya tidak mengizinkan, tidak siuman, berada di luar negeri dan lain-lain sebab yang difikirkan oleh Persidangan Agung sebagai sebab ia tidak boleh lagi menjadi Penyimpan Amanah.
  4. Dalam perkara kematian, perletakan jawatan dan berpindah dan juga terlibat dalam peruntukan Fasal 11 (1), (2) atau (3) maka kekosongan Pemegang Amanah hendaklah diisi oleh Persidangan Agung Tahunan secepat mungkin.
  5. Persidangan Agung Tahunan, boleh melantik sebuah Syarikat Pemegang Amanah seperti yang diperuntukkan dalam Ordinan Syarikat Amanah (Trust Companies Ordinance) 1949 atau undang-undang lain yang bertulis yang mengawal Syarikat-Syarikat Pemegang Amanah di Semenanjung Malaysia untuk menjadi Pemegang Amanah yang tunggal bagi Persatuan. Jika dipakai Syarikat Amanah ‘Pemegang Amanah’ dalam Perlembagaan ini bererti Syarikat Pemegang Amanah itu.
  1. Di antara Persidangan-persidangan Agung, Jawatankuasa Kerja boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini (keputusan Jawatankuasa Kerja terhadap ahli-ahli adalah ‘muktamad’ jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Persidangan Agung).
  1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
  1. Dilarang menghisap dadah di rumah Persatuan dan membawa masuk bahan-bahan terlarang mengikut undang-undang Negara dan Agama Islam serta dilarang membawa masuk ke dalam rumah Persatuan individu-individu yang boleh menimbulkan ancaman kepada Persatuan, Universiti serta masyarakat umum.

  2. Permainan yang disebut di bawa ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Ruolette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semasa-mata kepada nasib.

  3. Persatuan atau ahli-ahli tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

  4. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada hli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli.

  5. Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.
  1. Tertakluk kepada Fasal 12 Perlembagaan boleh dipinda dengan undi majoriti dua pertiga (2/3) daripada ahli yang hadir di Persidangan Agung. Semua tambahan atau pindaan pada Perlembagaan tidak boleh dikuatkuasakan melainkan dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan. Permohonan untuk pembatalan atau pindaan kepada Perlembagaan ini hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Persidangan Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu.
  1. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan dengan sendiri melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli yang layak mengundi dalam Persidangan Agung Khas yang dipanggil kerananya.
  2. Jika Persatuan ini dibubarkan seperti yang tersebut di atas maka segala hutang dan tanggungjawab yang dibuat dengan halal bagi pihak Persatuan hendaklah dijelaskan dengan penuh dan baki wang yang ditinggal akan dibahagikan menurut keputusan yang dipersetujui dalam Persidangan Agung Khas berkenaan.
  3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.