NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM untuk kegunaan warga fakulti.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil FST iaitu Encik Ahmad Farid Jamal, Penolong Pendaftar Akademik FST. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak fakulti dalam menguruskan staf, pelajar atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.