Buletin Pragmatis
HIMPUNAN KISAH PENTADBIR USIM ‘RENDANG MAMAN ITIK SALAI’ DILANCARKAN SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024
HIMPUNAN KISAH PENTADBIR USIM ‘RENDANG MAMAN ITIK SALAI’ DILANCARKAN SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024
Oleh : Mohd Zaini Othman
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Susulan kejayaan sulung penerbitan buku yang menghimpunkan penulisan dalam kalangan pentadbir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2023 yang berjudul Masak Lomak Cili Api, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) sekali lagi bekerjasama dengan Penerbit USIM bagi penerbitan edisi kedua pada tahun ini.
Dengan mengumpulkan tulisan bergenre memoir dalam bentuk anekdot yang bertemakan motivasi dan inspirasi, naskah kedua bertajuk Rendang Maman Itik Salai (RMIS) telah dilancarkan secara rasmi bersempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 pada Khamis.
Kompilasi penulisan memoir pentadbir USIM ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara bertempat di Pentas Utama PBAKL, World Trade Center Kuala Lumpur. Judul RMIS dipilih sebagai kesinambungan kepada buku pertama, yang mengetengahkan menu masakan tradisional Negeri Sembilan sebagai simbolik hidangan yang enak untuk disajikan kepada para pembaca.
Debaran kali pertama melapor diri, anugerah pertama dari universiti, cabaran bertukar jabatan, berhijrah ke luar negara, silap dalam membuat keputusan, bertemu kenalan baharu, dan terus menggali ilmu antara kisah suka-duka pentadbir USIM yang dikongsikan dalam RMIS.
Menurut Dr Mohd Helmi Masor@Mansor, Presiden PRAGMATIS, penerbitan naskah kedua merupakan hasil kejayaan dari komitmen dan kerjasama tinggi antara penulis dan editor yang dilantik. “Seramai 30 orang penulis menyumbangkan 36 karya penulisan yang bersandarkan kepada kisah benar dan pengalaman yang dilalui mereka sebagai pentadbir USIM untuk tatapan para pembaca”
“Kepelbagaian latar belakang bidang tugas dan jawatan para pentadbir ini, mencorakkan kisah yang berbeza dalam pelbagai elemen seperti perkhidmatan, pertukaran jabatan, pengantarabangsaan, pengurusan program, pengalaman mereka mengikuti kursus dan latihan, sebagai usaha pembelajaran berterusan bagi peningkatan kerjaya, serta kisah-kisah lain yang mengajak kita menghayati iktibar di sebalik setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan alam pekerjaan”.
“Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman kisah benar daripada pentadbir universiti, tetapi dalamnya penuh dengan kisah yang memberikan motivasi dan inspirasi dalam kehidupan yang menyeluruh” ujarnya yang juga merupakan Timbalan Ketua Pustakawan USIM.
PRAGMATIS mengambil cabaran menerbitkan naskah ini kerana ia menjadi platfom bagi menyerlahkan keupayaan pentadbir dalam bidang penulisan sekaligus menjadi kesinambungan kepada penghasilan karya-karya berkualiti yang lain pada masa hadapan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran serta menajamkan lagi kreativiti pentadbir ke peringkat yang lebih tinggi serta mampu untuk bekerja di luar kotak.
Bersempena penganjuran PBAKL kali ke-41 yang berlangsung dari 24 Mei lalu hingga 2 Jun nanti, Penerbit USIM turut mengambil peluang melancarkan 15 buah buku baharu terbitannya di sini. Meliputi pelbagai genre penulisan, ke semua buku ini bersama naskah lain terbitan Penerbit USIM boleh dibeli oleh para pengunjung bertempat di reruai Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). TAMAT
RINGKASAN LAPORAN PROGRAM SEHINGGA OKTOBER 2023
RINGKASAN LAPORAN PROGRAM SEHINGGA OKTOBER 2023
BIL | AKTIVITI | PENGANJURAN (Anjuran Persatuan/Kesatuan atau kerjasama secara bersama) | TUJUAN | LOKASI | TARIKH | BIL. PESERTA | KOS | IMPAK |
1. | Program Bubur Lambuk Komuniti | Anjuran bersama antara Pusat Sukan & Urusetia Sukan Rekreasi Pelajar USIM, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), PRAGMATIS, Koperasi Kakitangan USIM, KRT Surau Ar Raudah Desa Jati, Yakults, Extrajoss dan Nuaim Corporation | Bergotong royong menyediakan bubur lambuk sebanyak 1900 bekas | Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM | 5 April 2023 | Disertai oleh kira-kira 20 orang ahli PRAGMATIS | RM500.00 | Sebagai sumbangan PRAGMATIS kepada universiti dan komuniti setempat – dalam bentuk wang ringgit dan tenaga. Mengeratkan hubungan antara PRAGMATIS dan organisasi/pihak lain yang terlibat |
Majlis Jerayawara & Iftar Al-Falah MASTI 2023 | Anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersama Pentadbir Universiti Putra Malaysia (UPM) | Jerayawara dan dialog sumber manusia Majlis berbuka puasaKutipan dan serahan duit raya kepada asnaf | L’apprenti @Putra Restaurant, UPM | 8 April 2023 | 1 wakil dari PRAGMATIS | RM1,100 (sumbangan ahli untuk infaq) RM75.00 (penyertaan berbuka puasa) | Menyokong program MASTI Meningkatkan visibiliti PRAGMATIS di peringkat MASTI dan IPTA lain | |
Majlis Pot Luck Raya dan Bengkel Hala Tuju PRAGMATIS | Anjuran PRAGMATIS | Merancang aktiviti dan program bagi PRAGMATIS sesi 2023/2025 | VIP Lounge, Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM | 9 Mei 2023 | Semua Exco PRGMATIS | RM50.00 (sewaan tempat) RM100.00 (makan minum dan rencam) | Menyokong program Universiti Mengeratkan silaturahim di kalangan warga Universiti | |
4. | Bengkel Transformasi Skim Perkhidmatan Pentadbir 2022, Majlis Jamuan Raya MASTI 2023 dan Bengkel Penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 | Anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersama Pentadbir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | Menyertai: Bengkel Transformasi Skim Perkhidmatan Pentadbir 2022 Majlis Jamuan Raya MastI 2023. Bengkel Penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 | UTM Skudai, Johor | 20-21 Mei 2023 | 1 wakil dari PRAGMATIS | RM573.54 | Menyokong program MASTI Meningkatkan visibiliti PRAGMATIS di peringkat MASTI dan IPTA lain |
5. | Majlis Sambutan Pasca Raya USIM 2023 | Anjuran BKUUSIM dengan kerjasama persatuan-persatuan kakitangan lain di USIM | Mengadakan Majlis Sambutan Pasca Raya USIM 2023. PRAGMATIS bertindak sebagai Jawatankuasa Cabutan Bertuah. | Dewan Tuanku Canselor, USIM | 30 Mei 2023 | Seluruh warga USIM, rakan industri dan jemputan luar | Menyokong program Universiti Mengeratkan silaturahim di kalangan warga Universiti | |
6. | Program Perkongsian Pengalaman Tadbir Urus Syariah Lembaga Tabung Haji | Anjuran bersama antara PJMLI, PRAGMATIS (diketuai oleh Biro Pembangunan Ekonomi), Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Pengajian Tinggi | Memberikan perkongsian kepada warga USIM berkenaan tadbir urus syariah Lembaga Tabung Haji yang merangkumi sejarah tadbir urus syariah, pengertian isti’otah, dasar awam yang digunapakai dalam tadbir urus Tabung Haji dan lain-lain | Ruknu Arabiy, Perpustakaan USIM | 23 Mei 2023 | 20 peserta yang terdiri daripada wakil MT PRAGMATIS, staf dan pelajar USIM | RM150.00 (cenderamata) | Memberi kefahaman kepada warga USIM berkenaan hal ehwal tadbir urus syariah Lembaga Tabung Haji Memupuk sifat produktif dalam meningkatkan kapasiti diri dalam menyediakan dana haji untuk setiap individu |
7. | Program CSR PRAGMATIS | Anjuran SCIROSH, USIM dengan Kerjasama PTJ-PTJ lain dan rakan industri termasuk PRAGMATIS | PRAGMATIS menjadi medium kepada warga kampus yang ingin menginfakkan barang keperluan harian kepada rumah anak yatim. PRAGMATIS berjaya mengumpulkan barangan keperluan bernilai RM1,000.00 | Rukni Arabiy, Perpustakaan USIM | 26 Jun 2023 | – | – | Menggalakkan warga Universiti untuk berinfak dan membantu golongan yang memerlukan Meningkatkan visibiliti Universiti di peringkat komuniti |
8. | PRAGMATIS @ Riadah Siri 1 (badminton) | Anjuran PRAGMATIS | Mengadakan perlawanan persahabatan badminton di kalangan ahli | Ultimate Sporthaus, Nilai | 15 Ogos 2023 | 5 orang peserta | 130.00 | Mengeratkan silaturahim di kalangan ahli Memupuk gaya hidup sihat Sebagai salah satu program sejeahteraan mental untuk ahli PRAGMATIS |
9. | Durian Rahmah PRAGMATIS | Anjuran PRAGMATIS | Mengadakan acara buffet durian untuk ahli PRAGMATIS dengan harga mampu milik iaitu dengan bayaran RM5/sekepala | Pusat Komersial, USIM | 23 Ogos 2023 | 30 orang peserta | 1,100.00 | Mengeratkan silaturahim di kalangan ahli |
10. | CSR PRAGMATIS – Kunjungan ke rumah anak yatim | Anjuran PRAGMATIS | Mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Baitul Barokah Ummul Qura dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Semarak bagi menyampaikan sumbangan bantuan wang ringgit dan bahan keperluan dari warga USIM bersempena Hari Terbuka USIM pada 26 Jun 2023 | Rumah Anak Yatim Baitul Barokah Ummul Qura Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Semarak | 25 Ogos 2023 | 10 orang | – | Menggalakkan warga Universiti untuk berinfak dan membantu golongan yang memerlukan Meningkatkan visibiliti Universiti di peringkat komuniti |
11. | Majlis Sambutan Hari Pentadbir USIM 2023 | Anjuran PRAGMATIS | Meraikan golongan Pentadbir USIM bersempena Sambutan Hari Pentadbir peringkat universiti awam pada 20 Ogos 2023. Majlis turut dimeriahkan dengan slot Pidato Pendaftar, Pameran Inovasi dan Kecemerlangan PTJ dan Pelancaran Anugerah Gemilang PRAGMATIS | Galeri, USIM | 28 Ogos 2023 | 70 orang peserta | 1,200.00 | Sebagai salah satu platform penghargaan kepada golongan pentadbir USIM Berkongsi aspirasi terhadap pentadbir dan Universiti melalui sesi dialog dengan Dato’ Pendaftar semasa sesi Pidato Pendaftar Mengeratkan silaturahim sesama ahli |
12. | Bengkel Penulisan Anekdot dan Memoir | Anjuran PRAGMATIS | Mengadakan bengkel bagi memberi pemahaman berkenaan konsep anekdot dan momoir kepada bakal penulis Buku Masak Lomak Cili Api 2.0 | Galeri, USIM | 28 Ogos 2023 | 20 orang | 150.00 | Menggalakkan lebih ramai ahli PRAGMATIS menceburi penulisan Buku Masak Lomak Cili Api 2.0 Meningkatkan imej PRAGMATIS, golongan pentadbir dan USIM di kalangan warga Universiti dan masyarakat umum |
13. | Bengkel Penulisan Media | Anjuran PRAGMATIS | Mengadakan bengkel bagi memberi pendedahan berkenaan penulisan media kepada peserta bengkel | Galeri USIM | 28 Ogos 2023 | 20 orang | 150.00 | Menggalakkan lebih ramai ahli PRAGMATIS menceburi penulisan media Meningkatkan imej PRAGMATIS, golongan pentadbir dan USIM di kalangan warga Universiti dan masyarakat umum |
14. | Penjualan Baju Korporat PRAGMATIS | Anjuran PRAGMATIS | Mengadakan jualan baju korporat PRAGMATIS kepada ahli PRAGMATIS | – | – | helai | – | Menjana pendapatan persatuan Menyemai nilai kebersamaan di kalangan ahli |
15. | Khutbah Jumaat PRAGMATIS | Anjuran Pusat Islam dengan kerjasama PRAGMATIS | Penyampaian khutbah Jumaat oleh wakil PRAGMATIS semasa Solat Jumaat di Pusat Islam USIM | Pusat Islam USIM | 1 September 2023 | 200 orang | – | Menyemai mesej-mesej murni kepada masyarakat Meningkatkan keyakinan ahli PRAGMATIS untuk tampil bercakap di khalayak ramai Meningkatkan visibiliti PRAGMATIS kepada warga Universiti dan komuniti setempat |
16. | Program Kembara Cinta Alam | Anjuran Jabatan Pendaftar dengan kerjasama AKRAB, PRAGMATIS dan KUSIMA | Menjalankan program hiking dan plogging bersempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023 peringkat USIM | Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan dan Pantai Cahaya Negeri, Batu 5, Negeri Sembilan | 14 Oktober 2023 | 35 orang peserta | 500.00 | Melahirkan individu yang sihat dan seimbang dari segi fizikal, mental dan emosi Merapatkan ukhwah di kalangan peserta Menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang kepada alam sekitar |
17. | Program USIM Prihatin Komuniti Sihat | Anjuran Pusat Kesihatan Universiti dan agensi-agensi lain seperti Lembaga Penduduk dan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN), Majlis Kanser Negara, Pusat Kesihatan Daerah Seremban, Pusat Darah Negara dan PRAGMATIS | Sumbangan subsidi sebanyak RM20 untuk 20 ahli terawal PRAGMATIS yang menjalani Ujian PAP Smear | Bangunan HEP, USIM | 18 Oktober 2023 | 4 orang peserta | 80.00 | Menggalakkan ahli wanita melakukan pemeriksaan PAP Smear bagi tujuan peningkatan kesejahteraan diri Memupuk nilai prihatin PRAGMATIS kepada ahlinya |
18. | Tajaan t-Shirt bagi pasukan perubatan Petronas Grand Prix of 2023 Malaysia | Petronas | Menyediakan tajaan t-shirt untuk pasukan perubatan (Pusat Kesihatan Universiti) semasa mereka bertugas di Petronas Grand Prix of 2023 Malaysia | Litar Sepang | 10-12 November 2023 | 4 orang peserta | – | Memperihatkan visibiliti USIM dan PRAGMATIS Merapatkan ukhwah antara PRAGMATIS dan Pusat Kesihatan Universiti |
RINGKASAN AKTIVITI PRAGMATIS APRIL 2023 – JUN 2023
BIL | AKTIVITI | PENGANJURAN (Anjuran Persatuan/Kesatuan atau kerjasama secara bersama) | TUJUAN | LOKASI | TARIKH | BIL. PESERTA | KOS | IMPAK |
1. | Program Bubur Lambuk Komuniti | Anjuran bersama antara Pusat Sukan & Urusetia Sukan Rekreasi Pelajar USIM, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), PRAGMATIS, Koperasi Kakitangan USIM, KRT Surau Ar Raudah Desa Jati, Yakults, Extrajoss dan Nuaim Corporation | Bergotong royong menyediakan bubur lambuk sebanyak 1900 bekas | Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM | 5 April 2023 | Disertai oleh kira-kira 20 orang ahli PRAGMATIS | RM500.00 | Sebagai sumbangan PRAGMATIS kepada universiti dan komuniti setempat – dalam bentuk wang ringgit dan tenaga. Mengeratkan hubungan antara PRAGMATIS dan organisasi/pihak lain yang terlibat |
Majlis Jerayawara & Iftar Al-Falah MASTI 2023 | Anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersama Pentadbir Universiti Putra Malaysia (UPM) | Jerayawara dan dialog sumber manusia Majlis berbuka puasa Kutipan dan serahan duit raya kepada asnaf | L’apprenti @Putra Restaurant, UPM | 8 April 2023 | 1 wakil dari PRAGMATIS | RM1,100 (sumbangan ahli untuk infaq) RM75.00 (penyertaan berbuka puasa) | Menyokong program MASTI Meningkatkan visibiliti PRAGMATIS di peringkat MASTI dan IPTA lain | |
Majlis Pot Luck Raya dan Bengkel Hala Tuju PRAGMATIS | Anjuran PRAGMATIS | Merancang aktiviti dan program bagi PRAGMATIS sesi 2023/2025 | VIP Lounge, Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM | 9 Mei 2023 | Semua Exco PRGMATIS | RM50.00 (sewaan tempat) RM100.00 (makan minum dan rencam) | ||
4. | Bengkel Transformasi Skim Perkhidmatan Pentadbir 2022, Majlis Jamuan Raya MASTI 2023 dan Bengkel Penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 | Anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersama Pentadbir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | Menyertai: Bengkel Transformasi Skim Perkhidmatan Pentadbir 2022 Majlis Jamuan Raya MastI 2023. Bengkel Penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 | UTM Skudai, Johor | 20-21 Mei 2023 | 1 wakil dari PRAGMATIS | RM573.54 | Menyokong program MASTI Meningkatkan visibiliti PRAGMATIS di peringkat MASTI dan IPTA lain |
5. | Majlis Sambutan Pasca Raya USIM 2023 | Anjuran BKUUSIM dengan kerjasama persatuan-persatuan kakitangan lain di USIM | Mengadakan Majlis Sambutan Pasca Raya USIM 2023. PRAGMATIS bertindak sebagai Jawatankuasa Cabutan Bertuah. | Dewan Tuanku Canselor, USIM | 30 Mei 2023 | Seluruh warga USIM, rakan industri dan jemputan luar | Menyokong program Universiti Mengeratkan silaturahim di kalangan warga Universiti | |
6. | Program Perkongsian Pengalaman Tadbir Urus Syariah Lembaga Tabung Haji | Anjuran bersama antara PJMLI, PRAGMATIS (diketuai oleh Biro Pembangunan Ekonomi), Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Pengajian Tinggi | Memberikan perkongsian kepada warga USIM berkenaan tadbir urus syariah Lembaga Tabung Haji yang merangkumi sejarah tadbir urus syariah, pengertian isti’otah, dasar awam yang digunapakai dalam tadbir urus Tabung Haji dan lain-lain | Ruknu Arabiy, Perpustakaan USIM | 23 Mei 2023 | 20 peserta yang terdiri daripada wakil MT PRAGMATIS, staf dan pelajar USIM | RM150.00 (cenderamata) | Memberi kefahaman kepada warga USIM berkenaan hal ehwal tadbir urus syariah Lembaga Tabung Haji Memupuk sifat produktif dalam meningkatkan kapasiti diri dalam menyediakan dana haji untuk setiap individu |
7. | Program CSR PRAGMATIS | Anjuran SCIROSH, USIM dengan Kerjasama PTJ-PTJ lain dan rakan industri termasuk PRAGMATIS | PRAGMATIS menjadi medium kepada warga kampus yang ingin menginfakkan barang keperluan harian kepada rumah anak yatim. PRAGMATIS berjaya mengumpulkan barangan keperluan bernilai RM1,000.00 | Rukni Arabiy, Perpustakaan USIM | 26 Jun 2024 | – | – | Menggalakkan warga Universiti untuk berinfak dan membantu golongan yang memerlukan Meningkatkan visibiliti Universiti di peringkat komuniti |