PRAGMATIS TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB CSR UNTUK SANITASI DEWAN AUDITORIUM DI FPSK

NILAI, 21 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengadakan program tanggungjawab sosial/corporate social responsibility (CSR) sanitasi di Dewan Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM Nilai pada 21 November 2021.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membantu universiti dalam proses sanitasi lokasi-lokasi yang memerlukan bantuan selepas atau sebelum program bermula bagi memenuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan di samping memastikan lokasi untuk kegunaan orang ramai adalah bebas daripada virus Covid-19.

Program ini dilaksanakan dengan bantuan ahli-ahli PRAGMATIS dengan sumber tenaga seramai 10 orang dan program sanitasi bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat jam 10.00 pagi. PRAGMATIS berharap agar semua pihak dapat menjaga kesihatan dan mematuhi SOP yang ditetapkan serta mendoakan kesejahteraan ahli-ahli dan semua rakyat dijauhi dengan wabak penyakit.