NILAI, 18 Mac 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan Persidangan Agung Tahunan 2021 PRAGMATIS (AGM) selaras dengan keperluan Akta Pertubuhan 1977 untuk setiap pertubuhan melaksanakan mesyuarat agung tahunan/dwi tahunan bersama dengan ahli-ahli persatuan. AGM PRAGMATIS kali ini diadakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams selaras dengan menyahur seruan untuk pelaksanaan norma baharu dalam kehidupan disamping mengelakkan penularan wabak COVID-19 sekiranya mesyuarat diadakan secara bersemuka.
Keunikan mesyuarat kali ini adalah sesi penyerahan cenderahati digantikan dengan pemberian baucer Grab kepada semua ahli PRAGMATIS dan boleh digunakan untuk memberi secara dalam talian menggunakan aplikasi Grab samada urusan pembelian makanan, kelengkapan dapur atau perjalanan penting. Mesyuarat kali ini juga telah bersetuju dengan penubuhan Ahli Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS baharu bagi sesi 2021/2023 dengan dibarisi dengan pempinan sedia ada dan pegawai baharu.