NILAI, 7 Mei 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) telah mengadakan program khidmat komuniti dengan mengumpulkan dana dan memberi sumbangan makanan kering dan kit kesihatan COVID-19 kepada pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berada di dalam kampus menjalani ibadat puasa di samping meneruskan program pengajian di USIM.
Proses pengumpulan barang-barang makanan dan kit kesihatan tersebut dilakukan di pejabat Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) dengan bantuan dan kerjasama daripada ahli PRAGMATIS sendiri untuk membuat agihan dan packing untuk setiap pelajar. Agihan tersebut kemudiannya dilakukan dengan mengedarkan ke pelajar USIM yang berada di Kolej Kediaman 1 (KK1).
Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar sempena bulan ramadan ini dan semoga kita semua dijauhi dengan wabak penyakit, InsyaAllah. Pihak PRAGMATIS juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.