PRAGMATIS ANJUR BENGKEL PEMURNIAN PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL USIM

NILAI, 2 Jun 2014 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah mengadakan Sesi Post-Mortem dan Pemurnian Hasil Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Profesional USIM pada 2 Jun 2014 bertempat di Executive Lounge, Aras 6 Bangunan Canselori.

Sesi ini dihadiri oleh Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM dan Puan Monaliza Laudang, Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar serta barisan exco-exco PRAGMATIS dan Pegawai Kanan USIM yang membantu mengenalpasti aspek kelemahan serta halatuju selanjutnya sebagaimana yang telah dihasratkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dan Naib Canselor USIM semasa ucapan Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Profesional USIM.