KEMBARA BAGPAKERS PRAGMATIS – BUMI PERTH TUNGGU KAMI DATANG!

NILAI, 3 Januari 2020 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan Kembara Backpackers PRAGMATIS Ke Perth Australia pada bulan Disember 2020. Ahli PRAGMATIS yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM1,500 secara lump-sum kepada Bendahari PRAGMATIS atau secara ansuran bermula bulan September 2019 sehingga Oktober 2020. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan program ini:

  1. Peserta perlu mengambil cuti rehat luar negara masing-masing.
  2. Bayaran dibuat terus ke Akaun Pragmatis ( Bank Islam: 05058010017370). Sila kemukakan bukti pembayaran.
  3. Satu group whatsapp akan diwujudkan yang terdiri daripada semua peserta bagi memantau pembayaran pada setiap bulan.
  4. Bagi yang memilih bayaran secara lump-sum, bayaran sebnayak RM1500 perlu dibuat pada Feb 2020 untuk pembelian tiket kapal terbang.
  5. Semua bayaran perlu diselesaikan sebelum Oct 2020.
  6. Bagi yang ingin menarik diri atas sebab-sebab munasabah, bayaran akan dipulangkan. Pulangan akan diberikan berdasarkan baki yang masih ada jika sebarang pembayaran telah dilakukan kepada pihak ke-3. ( eg. Tiket Penerbangan/homestay dll)
  7. Bagi ahli koperasi yang berminat untuk memilih kaedah bayaran menggunakan Pembiayaan Qardhul Hassan, sila isi borang yang dilampirkan.