NILAI, 29 Ogos 2017 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Pentadbir Peringkat USIM yang bertujuan memartabatkan profesion pentadbir, menyuntik motivasi dan menghargai peranan pentadbir universiti dalam membina kecemerlangan universiti. Majlis ini telah diadkaan pada 29 Ogos 2017 bertempat di Bilik Jamuan VIP, Aras 2, Bangunan Dewan Tuanku Canselor
Pentadbir Universiti Awam merupakan antara tiga kelompok utama yang menjadi teras dalam kejayaan sesebuah Universiti selain daripada kakitangan akademik dan kakitangan pelaksana. Pentadbir memainkan peranan yang cukup penting sebagai tulang belakang bagi menjayakan setiap agenda pendidikan tinggi negara dan penganjuran Sambutan Hari Pentadbir Universiti amat signifikan dengan realiti semasa.