NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM untuk kegunaan warga fakulti.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil FPSK iaitu Puan Nora Ardilla Nordin, Penolong Pendaftar Pentadbiran FPSK. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak fakulti dalam menguruskan staf, pelajar atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.