PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG (FSU)

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM untuk kegunaan warga fakulti.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil FSU Encik Zambri. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak fakulti dalam menguruskan staf, pelajar atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.