PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP)

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) USIM untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil BHEP iaitu Encik Zulfadhli Hamzah, Penolong Pendaftar Kanan BHEP. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.