PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE PERPUSTAKAAN

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Jabatan Perpustakaan USIM untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil Jabatan Perpustakaan iaitu Encik Marzuki Ismail. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.