PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil PKU iaitu Dr. Junaida. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar, pesakit atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.