PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI)

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil PPKI iaitu Puan Norrulfilzah Shahari, Penolong Pendaftar Kanan PPKI. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar, pesakit atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.