PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE PUSAT SUKAN

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Pusat Sukan untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil Pusat Sukan iaitu Encik Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar, atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.