SEREMBAN, 7 Oktober 2013 – Bengkel Skim Perkhidmatan Di Universiti (SSU) telah diadakan pada 7 hingga 8 Oktober 2012 lalu bertempat di Klana Resort, Seremban. Bengkel ini dihadiri oleh Urusetia SSU, wakil-wakil Persatuan dan Kesatuan Kakitangan Universiti yang terdiri dari MASTI dan GAKUM serta kehadiran Pendaftar UPM YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar dan Presiden CUEPACS Datuk Haji Omar Osman.
MASTI telah diwakili rakan-rakan WAKIL persatuan pegawai tadbir dan ikhtisas dari USIM (urusetia MASTI), UKM, UMS, UPSI, UTM, UiTM, UPM.
Pihak Urusetia SSU telah membentangkan draf cadangan SSU dan menerusi bengkel ini MASTI dan GAKUM telah memberikan maklum balas dan cadangan terhadap draf cadangan SSU ini. Beberapa cadangan MASTI dan PRAGMATIS menerusi memorandum dahulu telah diambil kira dalam pembangunan SSU ini namun dilihat masih belum mencukupi.
Sehingga kini MASTI dan GAKUM meminta dan menggesa agar pihak Urusetia SSU membenarkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan terus disalurkan walaupun selepas bengkel ini kerana tempoh masa singkat yang diberikan untuk meneliti draf cadangan SSU ini. Selain itu pihak MASTI dan GAKUM dilibatkan secara terus dengan gerak kerja pembangunan SSU ini agar dapat memastikan kebajikan dan kepentingan Kakitangan Universiti dapat dipertingkatkan.
Semoga usaha PRAGMATIS dan MASTI dalam memastikan kebajikan dan kepentingan Kakitangan Universiti dapat dipertingkatkan menerusi penglibatan dalam pembangunan SSU ini mendapat sokongan semua.