JUALAN TSHIRT PRAGMATIS BERJAYA JANA PENDAPATAN PERSATUAN UNTUK KELESTARIAN KEWANGAN

NILAI, 20 Ogos 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah mengadakan program jualan baju tshirt PRAGMATIS edisi 2021 dengan harga jualan RM55.00 dan boleh dibeli menerusi dalam talian yang diedarkan oleh Biro Pembangunan Ekonomi PRAGMATIS.

Material bagi thirt ini adalah jersey dengan menggunakan kaedah cetakan secara sub-limation yang tertera perkataan dan logo PRAGMATIS. Ahli-ahli PRAGMATIS yang berminat boleh menghubungi Ustaz Razman Ibrahim untuk membuat tempahan saiz baju dan membayar harga baju tersebut.