MELAKA, 25 Februari 2022 – PRAGMATIS USIM telah mengemukakan usul berkaitan hala tuju pentadbir dan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) di Mesyuarat Eksekutif Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) Kali Ke-38, Bil. 1/2022 pada 25 Februari 2022 bertempat di Hatten Hotel, Melaka. Wakil PRAGMATIS yang membentangkan kertas usul tersebut adalah Encik Mohd Fauzi Amirruddin dan Encik Razman Ibrahim yang merupakan Bendahari Kehormat dan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi PRAGMATIS USIM Sesi 2019/2023.