PRAGMATIS ANJUR SESI RAMAH MESRA MASTI BERSAMA PENGERUSI JAWATANKUASA PENDAFTAR UNIVERSITI AWAM

NILAI, 4 Julai 2019 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) telah membantu dan menyelaras Sesi Ramah Mesra Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersama dengan YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam Malaysia (JKPUA) pada 4 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori.

Sesi pertemuan tersebut dihadiri oleh 20 orang Presiden atau wakil Persatuan Pentadbir Universiti Awam yang diketuai oleh Encik Azri bin Hohad, Presiden MASTI yang berhasrat untuk mendapatkan pandangan dan idea daripada Pengerusi JKPUA berhubung dengan perjuangan MASTI berkaitan dengan halatuju pentadbir di Universiti Awam. Sesi tersebut berjaya memberikan pelbagai dimensi baharu kepada wakil pentadbir Universiti Awam yang hadir bagi merangka semula hala tuju dan menyusun strategi untuk memastikan perjuanagan persatuan akan lebih visibile samada di peringkat universiti mahupun peringkat kementerian.