PRAGMATIS BANTU BERSIHKAN RUMAH AHLI YANG TERLIBAT DENGAN MUSIBAH BANJIR DI LEMBAH KLANG

SALAK TINGGI, 24 Disember 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menyumbangkan tenaga dalam kalangan ahli PRAGMATIS untuk membantu komuniti di sekitar Lembah Klang yang terlibat dengan musibah banjir pada pertengahan Disember 2021. Bencana banjir tersebut telah mengakibatkan kemusnahan harta benda penduduk di sekitar Lembah Klang termasuk ahli PRAGMATIS yang berada di lokasi banjir seperti Salak Tinggi dan Banting, Selangor.

PRAGMATIS telah menyumbangkan tenaga serta membuat kutipan sumbangan untuk meringankan beban ahli PRAGMATIS yang terlibat untuk memulihkan semula keadaan serta membeli semula perabot-perabot yang rosak akibat ditimpa musibah tersebut.

Seramai 6 orang ahli PRAGMATIS yang terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan tersebut dan PRAGMATIS USIM sempat berkunjung dan memberi bantuan untuk membersihkan kawasan rumah yang terlibat serta menyampaikan sumbangan yang diberikan oleh warga USIM dan orang awam.