NILAI, 21 Mac 2018 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM dengan kerjasama Pusat Sukan USIM telah menganjurkan Program Senam Cergas untuk ahli PRAGMATIS dengan tema “Marilah Hidup Gaya Sihat” yang telah diadakan pada 21 Mac 2018 bertempat di Dataran Canselori.
Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 9.00 pagi dan jurulatih senamrobik pada hari ini adalah dalam kalangan Ahli PRAGMATIS yang aktif bersukan dan mahir dalam latihan senamrobik. Program ini diadakan bertujuan untuk memastikan semua ahli PRAGMATIS adalah sihat dan cergas untuk melakukan aktiviti di pejabat seharian di samping mengurangkan rasa stress ahli terhadap pelbagai faktor.