PRAGMATIS EDAR GRAB FOOD GIFT CARD UNTUK AHLI BAGI KEMUDAHAN TEMPAHAN MAKANAN ONLINE

NILAI, 16 Mac 2021 – Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara serta pelaksanaan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk mengawal penularan wabak tersebut, Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengedarkan baucer Grab Food Gift Card kepada semua ahli PRAGMATIS.

Pemberian baucer ini dilakukan berikutan kawalan ketat dalam melaksanakan mesyuarat secara dalam talian dan amalan sebelum ini PRAGMATIS mengadakan majlis jamuan Hi-Tea atau Dinner sempena Persidangan Agung Tahunan PRAGMATIS, pada tahun 2021 ini sedikit kelainan telah dibuat di mana Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS telah mengedarkan baucer Grab Gift bernilai RM50.00 kepada semua ahli PRAGMATIS.

Baucer tersebut boleh mula ditebus bermula 18 Mac 2021 sehingga 13 September 2021 di mana baucer tersebut boleh digunakan menerusi aplikasi dalam talian Grab Food Gift Card untuk kemudahan membuat tempahan online bagi makan daripada restoran-restoran pilihan dalam aplikasi tersebut. Pihak Jawatankuasa PRAGMATIS mendoakan kesejahteraan ahli-ahli dan turut berharap agar keadaan akan kembali kepada asal semula.