PRAGMATIS EDAR KUIH RAYA TART NENAS KEPADA AHLI UNTUK MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PERANTAUAN

NILAI, 10 Mei 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengedarkan kuih raya tart nenas kepada ahli-ahli PRAGMATIS bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 di perantauan. Pemberian ini diberikan bagi meraikan ahli-ahli yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan pergerakan rentas negeri.

PRAGMATIS mengambil inisiatif ini dengan memberikan kuih raya secara percuma kepada ahli-ahli dan sesi agihan telah dibuat pada 10 Mei 2021 kepada semua ahli di pejabat masing-masing dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

PRAGMATIS mengharapkan agar pemberian kuih raya pada kali ini dapat mengubati perasaan ahli-ahli yang tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman di samping perlu mengamalkan norma baharu bagi mencegah penularan wabak COVID-19. PRAGMATIS mendoakan kesejahteraan ahli-ahli dan berharap agar situasi ini akan kembali kepada keadaan asal dengan segera.