PRAGMATIS LAKSANA CSR SANITASI DI KOMPLEKS ISLAM TUNKU MUHRIZ BAGI KEBERSIHAN JEMAAH UNTUK MENUNAIKAN SOLAT

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) telah melaksanakan program tanggung jawab sosial (CSR) di Kompleks Islam Tunku Muhriz (KITM) atau Masjid USIM bagi keselesaaan dan kebersihan daripada jangkitan wabak COVID-19 kepada jemaah yang menunaikan solat fardu di masjid tersebut.

Proses sanitasi dimulakan pada jam 3.00 seusai solat jumaat pada hari tersebut yang telah digunakan hampir lebih daripada 100 jemaah solat jumaat. Proses sanitasi dilakukan oleh lebih 10 tenaga daripada ahli PRAGMATIS dengan membuat semburan (fogging) cecair pembasmi kuman (sanitizer) sekitar ruang solat di samping membersihkan sampah-sampah pada karpet dan sekitar masjid.

Proses sanitasi selesai dijalankan pada jam 3.30 petang dan ahli-ahli menyambung kembali urusan tugas hakiki. Program ini turut dihadiri Presiden PRAGMATIS dan barisan exco-exco PRAGMATIS yang sering turun padang berganding bahu menjayakan program anjuran PRAGMATIS.