PRAGMATIS kini telah disahkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan perakuan sijil telahpun diterima pagi tadi dan diperakuan daftar bertarikh 1 MAC 2010 bersamaan 15 Rabiulakhir 1430H.
Penerimaan sijil sementara di pejabat ROS pagi tadi diwakili oleh En. Salehudin selaku presiden PRAGMATIS bersama kehadiran En. Akashah, En Zulfadli dan En. Syafful. Kami dimaklumkan satu majlis rasmi penyerahan sijil asal akan dilaksanakan ROS pada bulan JUN 2010 nanti bersama pertubuhan lain yang mendapat kelulusan sepanjang Januari – Mei 2010.
Selepas kelulusan pendaftaran ini diharapkan rakan & sahabat lebih bersemangat dan dapat terus bersama-sama memberikan sokongan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan PRAGMATIS selepas ini.
“Bersatu teguh, bercerai itu roboh… Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Platform telah tersedia buat kita selaku para kakitangan pengurusan & profesional dalam sektor pentadbiran dan ikhtisas… ayuh kita bersama bergandingan dalam menyumbang jasa bakti demi memartabatkan USIM…
Kepada Allah SWT kita berserah… moga dengan izin Allah SWT perancangan, usaha, ikhtiar dan tawakkal membolehkan kita membawa PRAGMATIS mencapai matlamatnya… Amin.