NILAI, 6 April 2013 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengadakan Majlis Makan Malam PRAGMATIS Tahun 2013 bertempat di Nilai Springs Resort pada 6 April 2013. Program ini merupakan acara tahunan PRAGMATIS untuk meraikan ahli-ahli di samping mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli yang berlainan skim perkhidmatan.
Sesi Makan Malam ini dirasmikan oleh YBhg. Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM yang memberikan suntikan motivasi kepada semua ahli untuk lebih berkarya bagi meningkatkan dan melonjakkan USIM ke peringkat yang lebih tinggi menerusi keunggulan pengurusan pentadbiran.