NILAI, 10 Jun 2017 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan program Raikan Sahur dengan tema ‘Mendekati Komuniti, Kami Prihati’ yang dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. Program tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Presiden PRAGMATIS dan ucapan perasmian oleh Naib Canselor USIM di perkarangan lobi canselori USIM.
PRAGMATIS sejak dua hari kebelakangan ini telah mula mengumpulkan dana dan membungkus bekalan makanan untuk diagihkan kepada komuniti sekitar Nilai bagi menjalani ibadat bersahur dan berpuasa di bulan ramadan.