PRAGMATIS USIM RAIKAN MAJLIS PERPISAHAN DATO’ HAJI MOHD ABD RASID FADZIL, BENDAHARI USIM

NILAI, 22 September 2020 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah mengadakan sesi penyerahan cenderamata kepada YBhg. dato’ Haji Mohd Abd Rasid bin Fadzil, Bendahari USIM yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Bendahari USIM mulai pada 22 September 2020. Beliau telah berkhidmat di USIM sebagai Bendahari pada 11 September 2015 dan telah banyak membawa perubahan yang besar ke atas kelestarian kewangan USIM serta banyak memberikan tunjuk ajar kepada warga USIM khususnya dalam bidang kewangan.

Sepanjang lima (5) tahun perkhidmatan beliau di USIM, banyak penambahbaikan yang telah dibuat dan PRAGMATIS telah menyampaikan cenderamata kepada beliau sebagai penghargaan ke atas jasa beliau taburkan kepada USIM dan PRAGMATIS. Sesi penyerahan dilakukan oleh Presiden PRAGMATIS iaitu Encik Md. Ishah Rahman dan diiringi oleh Timbalan Presiden dan Exco PRAGMATIS pada petang sebelum beliau membuat rakam keluar pejabat. PRAGMATIS mendoakan kesejahteraan YBhg. Dato’ dan semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk berbakit kepada negara dan masyarakat.