PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH (KKSI)

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil KKSI iaitu Puan Noraisah, Penyelia Asrama Kanan KKSI. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar, atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.