PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE KOMPLEKS ISLAM TUNKU MUHRIZ

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Pusat Islam USIM untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil Pusat Islam iaitu Ustaz Fitri, Penolong Pendaftar Pusat Islam. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.