PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil StraComm iaitu Encik Mohd Zaini Othman, Timbalan Pengarah StraComm. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar, atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.