PROGRAM CSR SUMBANGAN KERUSI RODA KE PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

NILAI, 11 November 2021 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk mengagihkan kerusi roda (wheelchair) ke Pusat Pengajian Siswazah (PPS) untuk kegunaan warga PTj.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PRAGMATIS kepada wakil PPS iaitu Encik Ashraff. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pihak PTj dalam menguruskan staf, pelajar, atau pelawat yang memerlukan kegunaan kerusi roda di bangunan tersebut.