PENASIHAT MASTI BERI PANDANGAN KEPADA PRAGMATIS BERKAITAN DENGAN CADANGAN PINDAAN AUKU

NILAI, 5 April 2022 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah mengadakan sesi perbincangan dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar dengan Puan Nor Aisyah Samah, Ketua Unit Integriti Universiti Malaya selaku Penasihat Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) dalam penyediaan kertas cadangan laluan kerjaya dan hala tuju pentadbir di Universiti Awam.

Sesi ini diadakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams pada 5 Mac 2022 yang merupakan inisiatif pembangunan kertas cadangan daripada pihak PRAGMATIS dengan bantuan dan sokongan daripada pihak MASTI. Kertas cadangan ini merupakan satu usaha dalam memastikan hala tuju dan laluan kerjaya pentadbir di Universiti Awam lebih cerah dan terjamin.