BARISAN EXCO PRAGMATIS BAHARU MULAKAN STRATEGI DENGAN PERTEMUAN BERSAMA PENDAFTAR

NILAI, 7 April 2022 – Sesi Pertemuan Exco PRAGMATIS bersama YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM telah diadakan pada 7 April 2022 bertempat di Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori. Pertemuan ini merupakan pertemuan kali pertama barisan Exco PRAGMATIS Sesi 2021/2023 yang dianjurkan oleh Biro Advokasi dan Kemajuan Profesion. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah YBrs. Encik Mohd Salehudin Sukor, Presiden PRAGMATIS, Jawatankuasa Kerja, Pemegang Amanah dan Biro-biro PRAGMATIS Sesi 2021/2023.

Pertemuan ini dimulakan dengan aluan dan amanat daripada YBhg. Dato’ Pendaftar dan kemudiannya disambung dengan pembentangan pengenalan PRAGMATIS oleh Presiden. Sesi seterusnya diteruskan dengan pembentangan oleh Biro Advokasi dan Kemajuan Profesion berkaitan dengan laluan kerjaya pentadbir khususnya di USIM.

YBhg. Dato’ Pendaftar turut melontarkan idea kepada PRAGMATIS untuk merangka budaya kerja yang lebih baik menerusi empat (4) perkara iaitu idea mengubah naratif peranan pentadbir, transformasi kaedah pengukuran prestasi kerjaya dan skop kerja, visibility dalam membuat keputusan dan pengukuhan kompetensi dan pengiktirafan.Sesi pertemuan ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan pengisian yang sarat selama dua (2) jam dengan idea-idea untuk memastikan pentadbir kekal 3R iaitu relevan, respect dan referred.