NILAI, 23 Februari 2022 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan sesi pertemuan dengan YBhg. Encik No’man Datuk Haji Ahmad, Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) menerusi platform dalam talian Microsoft Teams. Sesi perbincangan yang diadakan selama dua (2) jam membincangkan berkaitan dengan hala tuju pentadbir dan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 agar akta tersebut memberi ruang kemajuan kerjaya kepada pentadbir kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Salehudin Sukor, Presiden PRAGMATIS serta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS. Sesi ini bertujuan untuk memurnikan kertas cadangan yang telah disediakan oleh pihak PRAGMATIS USIM untuk dibentangkan ke Mesyuarat Eksekutif Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) dalam tempoh terdekat.