WACANA PENTADBIRAN BINCANG HALATUJU UNTUK SELARI DENGAN PERUBAHAN KEPIMPINAN

NILAI, 28 September 2019 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengadakan Wacana Pentadbiran Bil. 1/2019 bertajuk Perubahan Kepimpinan USIM: Pengukuhan Halatuju Secara Kolektif Dalam Kalangan Warganya. Wacana kali ini disampaikan oleh tiga (3) figura daripada USIM iaitu YBhg. Profesor Dr. Rosalina Abdul Salam, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, YBrs. Profesor Madya Dr. Mohd Irwan Subri, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dan YBrs. Encik Md. Ishah Rahman, Presiden PRAGMATIS.

Manakala moderator wacana kali ini adalah Encik Ahmad Yussof Zainal Abidin, Penolong Pendaftar daripada Bahagian Madal Hayah USIM. Wacana ini diadakan pada 18 September 2018 bertempat di Galeri Canselori, Aras 1, Bangunan Canselori dan dihadiri oleh ahli-ahli PRAGMATIS dan luar yang berminat untuk mendengar sesi wacana disampaikan oleh panel yang berpengalaman dalam memacu kejayaan USIM.