Bengkel Anekdot PRAGMATIS Berjaya Asah Bakat Penulisan Ahli-Ahli

NILAI, 28 Julai 2022 – Biro Media dan Penerbitan, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengadakan Bengkel Penulisan Buku Anekdot PRAGMATIS pada 28 Julai 2022 bertempat di Bilik Seminar, Aras 4, Bangunan Perpustakaan USIM. Penceramah bagi bengkel ini adalah Dr. Siti Suriani Othman, Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM merangkap Pengerusi USIM’s Writers Pool (UWP) yang telah berkongsi dengan peserta bengkel berkaitan dengan tips penulisan anekdot dan penerbitan buku anekdot.

Bengkel kali ini disertai oleh lebih daripada 20 peserta yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau ahli PRAGMATIS dan juga Pegawai Kumpulan Pelaksana yang berminat untuk menghasilkan karya bagi penulisan anekdot. PRAGMATIS menjangkakan untuk menerbitkan sebuah buku anekdot PRAGMATIS dengan tema yang bersesuaian dengan PRAGMATIS dalam tempoh terdekat dengan kompilasi hasil penulisan daripada ahli-ahli PRAGMATIS dan terbuka kepada orang ramai.

Pihak PRAGMATIS mengucapkan terima kasih kepada Dr. Siti Suriani Othman di atas kesudian untuk berkongsi pengalaman dengan peserta berkaitan dengan penulisan anekdot dan terima kasih kepada peserta yang sudi hadir untuk menjayakan bengkel PRAGMATIS pada hari ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada kita semua dan juga kepada negara.