kata Aluan Presiden

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafatkan rasa kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih dapat berkhidmat dan menyumbangkan bakti kepada negara dan khususnya kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang kita cintai.

PRAGMATIS USIM merupakan persatuan yang melibatkan keahlian daripada Pegawai Tadbir dan Ikhtisas di USIM yang terdiri daripada pegawai pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Laman web PRAGMATIS USIM ini dibangunkan bertujuan untuk memberikan info dan maklumat berkaitan dengan persatuan ini bagi rujukan semua ahli-ahli dan pihak luar yang berkaitan. Laman web ini juga mengetengahkan hasil penulisan daripada ahli-ahli berkaitan dengan kepakaran masing-masing dan juga hal ehwal pentadbiran serta kupasan isu semasa.

Diharapkan semua pihak yang melayari laman web PRAGMATIS USIM ini berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan dan semoga maklumat ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih

Dr. Mohd Helmi Masor @ Mansor
Presiden
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS)
Universiti Sains Islam Malaysia