BENGKEL PENULISAN DALAM MEDIA SIRI 1 – NURKILAN MINDA : TIPS MUDAH MENULIS DALAM AKHBAR

NILAI, 13 Julai 2021 – PRAGMATIS USIM telah menganjurkan Bengkel Penulisan dalam Media Siri 1 bertajuk Nurkilan Minda: Tips Mudah Menulis Dalam Akhar yang disampaikan oleh Encik Mohd Zaini Othman, Timbalan Pengarah, Pusat Komunikasi Strategik. Bengkel ini dianjurkan oleh Biro Media dan Penerbitan dan penyertaan yang memberansangkan oleh ahli-ahli PRAGMATIS USIM yang bertujuan untuk menyuntik minat dalam kalangan pegawai tadbir dan ikhtisas USIM untuk membuat penulisan di akhbar.