BENGKEL PENULISAN GILAP BAKAT PENULISAN AHLI UNTUK SUMBANG ARTIKEL SEMINAR PRAGMATIS

NILAI, 11 April 2016 – Kursus Penulisan Kertas Kerja Seminar dan Persidangan untuk Pentadbir telah diadakan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 11 hingga 12 April 2016 bertempat di Bilik Latihan, Jabatan Keselamatan USIM. Kursus ini diadakan bertujuan untuk menggilap bakat dalam kalangan ahli PRAGMATIS untuk mencuba menulis bagi penulisan ilmiah seperti kertas kerja untuk persediaan membentangkan di Seminar dan Persidangan Pentadbir.