USTAZ SYAMSUL DEBAT BERI TAZKIRAH RAMADAN SEMPENA PROGRAM ANJURAN PRAGMATIS USIM

NILAI, 14 Jun 2016 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan Program Tazkirah Ramadan dengan penampilan khas pendakwah bebas negara yang terkenal iaitu Ustaz Syamsul Debat pada 14 Jun 2016 bertempat di Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori.

Beliau berkongsikan tips-tips mengamalkan diet berpuasa dan amalan-amalan yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa menjalani ibadat puasa di bulan ramadan. Beliau juga turut menyelitkan jenaka-jenaka kepada penonton yang hadir bagi memastikan program tazkirah disampaikan lebih santai dan dijiwai oleh penonton.