PERTIM KUIM DIJENAMAKAN SEMULA KEPADA PRAGMATIS USIM

Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM dahulu lebih dikenali dengan singkatan PERTIM. Namun selepas beberapa ketika pendaftaran persatuan ini dibawah singkatan nama PERTIM tidak dapat dilaksanakan kerana telah terdapat persatuan yang menggunakan singkatan nama PERTIM ini. Ketika itu usaha untuk mewujudkan sebuah persatuan berdaftar untuk para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Iktisas telah tertangguh atas masalah berkenaan.

Namun begitu bermula pada penghujung tahun 2009 Y.Bhg. Encik Muhamad Haizuan Rozali selaku Pendaftar USIM telah melahirkan hasrat dan idea agar dapat tertubuhnya sebuah persatuan yang mengumpulkan dan merencanakan aktiviti khusus untuk Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas.

Menerusi beberapa siri perjumpaan dan perbincangan serta sokongan padu dari Y.Bhg. Pendaftar USIM maka usaha telah digerakkan dengan aktif sehingga Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM berjaya diaktifkan dan digerakkan semula setelah melalui proses penjenamaan semula dan kini dikenali dengan singkatan nama PRAGMATIS.

PRAGMATIS kini masih berstatus jawatankuasa penaja dan digerakkan aktif dengan diterajui oleh saudara Mohd Salehudin Sukor (Penolong Pendaftar Pusat Perkembangan Strategik & Hubungan Korporat) selaku pengerusi dan saudara Zulfadhli Hamzah (Penolong Pendaftar Pusat Inovasi Pengajaran & Pembelajaran) selaku setiausaha.

Sehingga kini seramai 60 pegawai telah pun berdaftar selaku ahli meliputi pelbagai cabang perkhidmatan di USIM. Ketika ini PRAGMATIS sedang diperingkat akhir kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertububuhan (ROS) dan dijangkakan mendapat kelulusan sekitar bulan Mac 2010.

Semoga dengan penjenamaan semula dibawah PRAGMATIS ini Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM akan terus mendapat sokongan daripada para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas agar kita dapat bersatu memacu perkembangan USIM menjadi institusi pendidikan yang tersohor dan terbilang.

“‘PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan”