PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN PRAGMATIS KALI PERTAMA

NILAI, 31 Januari 2010 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM buat pertama kalinya mengadakan Persidangan Agung Tahunan Kali Pertama pada 31 Januari 2010 bertempat di Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori. Persidangan agung kali ini dihadiri lebih daripada 100 orang pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional USIM (Pentadbiran) yang menyokong usaha untuk menubuhkan satu persatuan di USIM yang menghimpunkan kumpulan pegawai ini.