PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS USIM ANJUR LAWATAN AKADEMIK KE SINGAPURA

SINGAPURA, 19 April 2006 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Kolej Universiti Islam Malaysia (PERTIM) telah mengadakan Lawatan Akademik ke Singapura pada 19 hingga 21 April 2006 bertempat di Singapore Management University (SMU), Nanyang Technological University, National Library Singapore dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam (PERGAS). Lawatan ini dianjurkan oleh PERTIM dengan penglibatan ahli-ahli PERTIM serta beberapa staf akademik dan pelaksana yang turut hadir memeriahkan lawatan ini.