NILAI, 25 Ogos 2016 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan Majlis Meraikan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang akan Cuti Belajar Menyambung Program Pengajian pada 25 Ogos 2016 bertempat di Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori.
Sesi ini dihadiri oleh Presiden PRAGMATIS, pegawai dari Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pegawai Yang akan cuti belajar dan ahli-ahli PRAGMATIS. Tiga (3) wakil ahli PRAGMATIS yang akan cuti belajar menyambung pengajian telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut dan berkongsi pengalaman dalam membuat permohonan cuti belajar ke institusi pilihan masing-masing.
PRAGMATIS mendoakan kejayaan ahli-ahli dalam kalangan pegawai PRAGMATIS yang akan cuti belajar menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang telah dipilih dan semoga urusan pengajian dipermudahkan dan semoga ilmu yang bakal diperolehi dapat memberi manfaat kepada USIM dan juga masyarakat.