WACANA PRAGMATIS SIRI TAMPIL PERKONGSIAN MENARIK BERKAITAN KEUNGGULAN PENTADBIR

NILAI, 11 November 2016 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan program Wacana PRAGMATIS Siri 1 bertajuk Menerajui Keunggulan Pentadbir Universiti yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Zaharah Mokhtar, Mantan Pendaftar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 11 November 2016 bertempat di Dewan Senat, Aras 3 Bangunan Canselori USIM.

Program Wacana ini dihadiri oleh ahli PRAGMATIS dan warga USIM serta ucapan aluan sesi disampaikan oleh Presiden PRAGMATIS sebelum sesi wacana diserahkan kepada YBhg. Dr. Zaharah Mokhtar. Beliau yang merupakan pentadbir universiti dan berpengalaman dalam mengendalikan pentadbiran universiti banyak berkongsi dengan ahli yang hadir pada hari tersebut untuk menerajui keunggulan pentadbir di universiti.